Pelakon Hong Kong cedera ditikam - Utusan Malaysia

Pelakon Hong Kong cedera ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 20 Julai – Pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam mengalami kecederaan selepas ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam satu majlis promosi yang diadakan di selatan China, hari ini.

Rakaman video yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan, lelaki tersebut meluru ke atas pentas dan menikam pelakon Simon di bahagian perut dan tangan kanan.

“Kami terkejut dengan kejadian itu,” kata syarikat pengurusan Simon dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Weibo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas syarikat itu, pelakon veteran berusia 64 tahun itu berada di majlis promosi yang terletak di bandar Zhongshan, wilayah selatan Guangdong.

Polis Zon Pembangunan Houju menerusi kenyataan berkata, Simon sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan kecederaan di perut dan tangan tidak mengancam nyawa. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini