Pandu Puteri Terengganu santuni 31 pelajar yatim, asnaf Pulau Redang - Utusan Malaysia

Pandu Puteri Terengganu santuni 31 pelajar yatim, asnaf Pulau Redang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 16 Julai – Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) meneruskan komitmen khidmat masyarakat dengan menyantuni 31 anak yatim dan asnaf dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang di sini, semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Mariah Ismail berkata, golongan sasar bersama keluarga masing-masing menerima sumbangan alat tulis, wang tunai dan barangan dapur.

Katanya, program tradisi tahunan sempena Penghayatan Taman Laut Pulau Redang itu secara tidak langsung dapat mendekatkan kalangan ahli PPPMCT yang terdiri daripada seramai 60 guru dengan pelajar dan keluarga mereka yang kurang berkemampuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai sumber tetap, namun kami terpanggil untuk menghulurkan bantuan yang sekadar mampu agar sama-sama dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Sebagaimana motto kami iaitu selalu sedia, maka kami sentiasa bersedia melaksanakan pelbagai aktiviti untuk kemenjadian murid dan kecemerlangan guru,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang turut hadir Guru Besar SK Pulau Redang, Rozila Ami.

Sementara itu, seorang penerima, Nor Riza Abdul Rahman, 49, yang kehilangan suami sejak tiga tahun lalu berterima kasih atas keperihatinan PPPMCT membantu keluarganya dalam urusan keperluan harian.

Ibu tunggal kepada lapan anak berusia antara 10 tahun hingga 30 tahun ini berkata, sumbangan daripada pelbagai pihak pada Ramadan lalu sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggungnya.

Sementara itu, Haslina Awang Lah, berkata, bantuan PPPMCT sedikit sebanyak dapat digunakan bagi menampung keperluan keluarga yang hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai pemandu bot. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini