Milinkovic-Savic semakin hampir ke United - Utusan Malaysia

Milinkovic-Savic semakin hampir ke United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester United mengesahkan mereka sudah mencapai persetujuan secara lisan bagi membawa masuk Sergej Milinkovic-Savic ke Old Trafford yang menyaksikan Lazio bakal mengaut keuntungan besar.

Ejen pemain tengah Lazio itu sudah pun mengadakan rundingan bersama wakil United di London baru-baru ini.

Bagaimanapun, perpindahan tersebut bergantung kepada penghijrahan Paul Pogba ke Real Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas penyerang Chelsea, Mateja Kezman mewakili Milinkovic-Savic, sudah pun berunding untuk mendapatkan perjanjian selama lima tahun.

Bos Lazio, Simone Inzaghi menegaskan mahu mengekalkan Milinkovic-Savic namun mengakui dia tidak boleh menghalang pemain tersebut daripada meninggalkan Itali.

“Saya lebih suka sekiranya Milinkovic-Savic kekal di sini tetapi saya juga percaya kelab akan mempertimbangkan dengan tawaran yang mereka terima.

“Milinkovic-Savic baru 24 tahun, dia bukan budak lagi. Saya boleh menasihatinya dan dia aset kelab, tidak pernah terlepas menjalani latihan namun saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Saya harap di kekal bersama Lazio,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini