Malaysia tangga pertama di Asia Tenggara, indeks kebebasan media 2019 - Utusan Malaysia

Malaysia tangga pertama di Asia Tenggara, indeks kebebasan media 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Malaysia mencapai tangga pertama dalam kalangan negara Asia Tenggara bagi Indeks Kebebasan Media 2019, menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Indeks itu turut meletakkan Malaysia di tangga 123 berbanding 145 negara di dunia.

“Ia antara pencapaian indikator antarabangsa yang diraih Malaysia hasil komitmen kerajaan terhadap agenda pencegahan rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komitmen kerajaan hari ini dalam meletakkan agenda pencegahan rasuah sebagai salah satu keutamaan telah membuahkan hasil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini.

Mahathir berkata, Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang dilaksanakan hampir enam bulan menunjukkan reaksi positif serta keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap keseriusan kerajaan dalam menangani permasalahan rasuah, integriti dan governans.

Menurut Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Siri 13/2018, di mana JKKMAR dimaklumkan, persepsi rakyat terhadap keseriusan kerajaan dalam perkara itu meningkat sebanyak 11 peratus daripada 59.8 peratus pada tahun 2016 kepada 70.8 peratus pada tahun lepas.

Mahathir dalam pada itu memaklumkan Akta Kebebasan Maklumat akan digubal bagi menggantikan Akta Rahsia Rasmi.

Menurutnya, tempoh masa yang mencukupi harus diberikan kepada proses penggubalan undang-undang itu dengan memfokuskan kepada sesi libat urus dan ‘outreach’ yang mencukupi dengan masyarakat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini