LONDON – Liverpool telah melengkapkan perpindahan pemain sayap berusia 16 tahun Harvey Elliott dari Fulham, umum juara Eropah itu hari ini.
“Menyertai kelab yang saya sokong sejak dari kecil seperti impian menjadi kenyataan untuk saya termasuk seluruh keluarga saya dan saya rasa satu perasaan menakjubkan apabila disahkan secara rasmi menyertai skuad Reds,” tulis Elliott di Instragram miliknya.
Pemain muda itu membuat kemunculan sulung ketika membantu Fulham menang 3-1 ke atas Millwall dalam saingan Piala Liga, September lalu pada usia 15 tahun.
Bukan itu sahaja, dia turut muncul sebagai pemain termuda membuat penampilan sulung dalam sejarah Liga Perdana Inggeris apabila beraksi menentang Wolves pada Mei lalu pada usia 16 tahun 30 hari.
Elliot juga diberi kepercayaan dalam perlawanan menentang Newcastle bersama skuad Fulham.- AFP











