BUCHAREST 28 Julai – Seorang lelaki warga emas mengaku membunuh dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak April lalu, dalam dua kejadian berasingan.
AFP melaporkan suspek, Gheorghe Dinca mengaku membunuh mangsa yang berusia 15 dan 19 tahun itu bagaimanapun enggan mendedahkan motif kejadian ketika disoal siasat polis.
Perkara itu disahkan oleh peguam suspek, Alexandru Bogdan kepada agensi berita Agerpres di sini hari ini. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











