Kerajaan terus laksana pendekatan positif - Utusan Malaysia

Kerajaan terus laksana pendekatan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Julai – Pembaharuan institusi, kestabilan politik, ketelusan dan akauntabiliti fiskal, mengurus pengurangan hutang dan liabiliti, tadbir urus baik serta pertumbuhan ekonomi mampan merupakan faktor-faktor positif dalam pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan-pendekatan berkenaan.

Menurutnya, Kementerian Kewangan menyambut baik pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A- dengan unjuran stabil oleh Fitch Ratings pada 18 Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, keputusan untuk mengekalkan penarafan kredit kerajaan oleh Fitch Ratings menyusuli pengekalan yang sama oleh S&P Global Ratings pada 3 Julai lalu.

“Malaysia telah mengejutkan para skeptik yang menjangkakan penarafan kredit berdaulat negara akan diturunkan akibat beban hutang dan masalah salah tadbir urus yang berpunca daripada masalah legasi pentadbiran terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini