Kakak MBS didakwa pukul tukang cuci - Utusan Malaysia

Kakak MBS didakwa pukul tukang cuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 9 Julai – Kakak kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman atau lebih dikenali sebagai MBS didakwa di sebuah mahkamah di sini atas kesalahan memukul seorang pekerja yang membersihkan rumahnya di sini.

Channel News Asia melaporkan, Puteri Hassa Salman didakwa mengarahkan pengawal peribadinya memukul pekerja berkenaan selepas menyedari lelaki itu mengambil gambar di dalam rumahnya pada September 2016.

Namun, puteri tersebut menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan pekerja itu cuba menjual gambar rumahnya secara dalam talian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×