Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Kadar jangka pendek kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM21.01 bilion daripada RM25.54 bilion pada sebelah pagi manakala dalam sistem Islam ia turun kepada RM12 bilion daripada RM14.67 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional dan empat tender Qard.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada pukul 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM21 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM11.6 bilion, dua-duanya bagi wang dua hari.

Kadar faedah semalaman Islam purata berada pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini