JAS gempur tiga premis kitar semula - Utusan Malaysia

JAS gempur tiga premis kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 29 Julai – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mengetuai satu operasi bersepadu di premis kitar semula sekitar daerah ini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, operasi bersepadu dilaksanakan di tiga premis.

“Tiga premis kitar semula itu yang didapati melanggar undang-undang seperti tidak berlesen selain beroperasi di tanah milik kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah premis yang diperiksa juga didapati mengimport masuk sisa plastik daripada negara luar, iaitu United Kingdom dan Ireland,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas operasi tersebut di sini sebentar tadi.

Dalam operasi itu juga, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara ditahan pihak berkuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini