Istiadat angkat sumpah exco Perak Khamis ini ditunda - Utusan Malaysia

Istiadat angkat sumpah exco Perak Khamis ini ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Julai – Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak atau exco yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini ditunda.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Perak hari ini memaklumkan bahawa majlis tersebut yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Bagi menjunjung titah Sultan Perak, Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan diadakan pada 11 Julai 2019, Khamis ini ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kelak,” kata kenyataan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Istiadat itu merupakan majlis memperbaharui ikrar sebagai exco kerajaan negeri Perak yang dibuat secara tahunan.

Penundaan majlis tersebut diumumkan selepas semalam seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia membuat laporan polis dirogol seorang exco kerajaan negeri dari parti DAP.

Lima daripada 10 anggota exco di Perak terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP iaitu Wong Mei Ing (Pantai Remis), A. Sivanesan (Sungkai), Paul Yong (Tronoh), Howard Lee (Pasir Pinji) dan Dr. Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini