Integriti: Semak kaedah pengambilan penguat kuasa - Utusan Malaysia

Integriti: Semak kaedah pengambilan penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Kaedah pengambilan anggota penguat kuasa di negara ini perlu disemak semula termasuk dengan turut mengutamakan aspek integriti sebagai syarat pengambilan daripada peringkat awal.

Ia bagi memastikan isu penguat kuasa di pintu sempadan yang tidak berintegriti terus menjadi barah yang sekali gus mengakibatkan kerugian kepada negara.

Sehubungan itu, Penyelaras Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Prof. Dr. Jalaluddin Abdul Malek berpandangan, sudah tiba waktunya rakat di negara ini mempunyai rekod peribadi kemas dan lengkap yang dapat menjadi rujukan sebelum mereka diambil bekerja terutama dalam perkhidmatan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semuanya bergantung bagaimana kita mengambil kakitangan awam daripada mula lagi sehinggalah mereka memegang jawatan tertinggi. Itu perlu dibuat satu kaedah supaya bagaimana untuk mengelak rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kita tidak mempunyai rekod peribadi yang kemas, di Korea misalnya setiap rakyatnya mempunyai rekod peribadi sejak dari bangku sekolah. Rekod peribadi itu mempunyai semua maklumat termasuk sama ada calon kakitangan awam itu mempunyai rekod disiplin atau pernah melakukan kesalahan awam, kalau kita juga ada rekod sebegitu, tentunya boleh menapis pengambilan kakitangan sejak dari awal,” katanya.

Jalaluddin berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bagi mengulas kenyataan Ketua Setiusaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar bahawa negara kerugian antara RM3 bilion hingga RM5 bilion dalam bentuk kehilangan cukai setahun berikutan penyeludupan rokok dan minuman keras.

Ia berikutan terdapatnya segelintir penjawat awam khususnya penguat kuasa di pintu sempadan yang tidak berintegriti.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini