JAKARTA 9 Julai – Indonesia bakal menghantar semula lebih 210 tan sampah-sarap ke Australia.
Al Jazeera melaporkan, lapan kontena yang berisi sampah-sarap dan dirampas di Surabaya itu sepatutnya mengandungi bahan buangan kertas.
Namun hasil pemeriksaan menemukan bahan berbahaya dan sisa buangan rumah termasuk lampin pakai buang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sehubungan itu, Kementerian Alam Sekitar Indonesia mencadangkan supaya kesemua sampah tersebut dihantar semula ke Australia. – AGENSI









