‘Harimau’ terima dana - Utusan Malaysia

‘Harimau’ terima dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – MyCat Malaysia menyumbang dana sebanyak RM46,800 untuk ‘Save the Malayan Tiger Trust Fund’ kepada Taman Negara bagi melindungi keselamatan harimau sempena Hari Harimau Sedunia 2019 hari ini.

Pengurus Besarnya, Dr. Kae Kawanishi berkata, sumbangan daripada pelbagai pihak itu akan memberi kebaikan supaya dapat melindungi haiwan ini daripada kepupusan.

“Sumbangan melalui tindakan langsung ini tidak berdiri sendiri melalui penderma daripada pelbagai pihak, jadi ia akan memberi sedikit nilai terhadap harimau dan juga tempat haiwan itu tinggal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga membuat keputusan untuk terus menyumbang dana secara langsung kepada agensi yang diamanahkan terhadap perlindungan haiwan ini iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tarikh 29 Julai pada setiap tahun merupakan sambutan Hari Harimau Sedunia yang bertujuan memupuk kesedaran tentang pemuliharaan harimau di dunia.

Hasil cerapan yang dijalankan melalui ‘1st National Tiger Survey’ habitat harimau bermula tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan bilangan Harimau Malaya yang direkodkan adalah kurang daripada 200 ekor dan data itu menunjukkan populasi haiwan itu berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Kawanishi berkata, sambutan Hari Harimau Sedunia tahun ini memerlukan setiap lapisan masyarakat untuk memainkan peranan memastikan haiwan liar hidup sejahtera di habitat asal dan menghalang dari kepupusan.

“Saya sangat percaya bahawa harimau kita memerlukan sokongan konkrit rakyat Malaysia dalam mengambil langkah dalam memperjuangkan haiwan ini.

“Pengawasan anti-pemburuan dan anti-penebangan hutan yang dijalankan oleh pemuliharaan warganegara adalah satu-satunya program seumpamanya di dunia kepada orang awam yang prihatin untuk melindungi harimau haram secara langsung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×