Festival Tomorrowland: Seorang lelaki meninggal dunia - Utusan Malaysia

Festival Tomorrowland: Seorang lelaki meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 20 Julai – Seorang lelaki yang menghadiri festival Tomorrowland di Belgium, salah satu acara muzik elektronik terbesar di dunia, dilaporkan pengsan dan kemudian diisytiharkan meninggal dunia di hospital, kata pihak penganjur dan sumber perubatan.

Menurut pendakwa raya di Antwerp kepada agensi berita VTM, lelaki berusia 27 tahun dari India tidak sedarkan diri ketika berada di festival itu semalam.

Jurucakap hospital memberitahu, lelaki tersebut telah dibawa dari lokasi di bandar Boom ke Hospital Universiti Antwerp, yang mana individu itu tidak dapat diselamatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu bedah siasat dijangka dilakukan pada Isnin depan.

Pihak penganjur Tomorrowland menerusi kenyataan membuat pengumuman mengenai kematian lelaki tersebut dengan penuh kesedihan.

Jurucakapnya, Debby Wilmsen berkata, punca kematian masih belum diketahui – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini