IPOH 9 Julai – Seorang exco kerajaan negeri dari DAP yang dikatakan merogol seorang pembantu rumah menafikan beliau melakukan perbuatan tersebut.
Exco berkenaan yang dipetik dalam laporan akhbar berbahasa Cina berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.
Menurutnya, beliau sedia memberikan kerjasama penuh dalam kes tersebut.
“Saya tidak bersalah, saya tidak melakukannya. Memandangkan polis sedang siasat kes ini, saya serahkan kepada polis.
“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya. Saya percaya kepada profesionalisme pihak polis,” katanya.
Semalam, seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumah kepada exco berkenaan membuat laporan polis kerana mendakwa dirogol oleh exco tersebut. – UTUSAN ONLINE











