Dakwa dipukul: Dua kertas siasatan dibuka - Utusan Malaysia

Dakwa dipukul: Dua kertas siasatan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Julai – Dua kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang mengatakan dirinya dipukul ketika berada dalam Penjara Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita menerima laporan polis daripada pihak penjara pada Rabu manakala Wan Ji pula semalam. Bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Wan Ji mengatakan dirinya dipukul semasa dalam tahanan di penjara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula pengadu merupakan pihak penjara mengatakan difitnah oleh Wan Ji. Kedua-dua kes masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, dalam rakaman video yang dimuat naik di Youtube, Wan Ji yang mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menangguhkan hukuman penjara setahun kerana menghina Sultan Selangor mendakwa dirinya dipukul ketika berada dalam Penjara Kajang dan kejadian itu berlaku sehari selepas dibebaskan pada Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini