VERONA, Wisconsin – Satu rakaman video menunjukkan detik menakjubkan kejadian awan bergulung ketika kejadian ribut di langit di bandar ini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail. Awan bergulung biasanya berlegar rendah di langit, mengufuk dan berbentuk tiub serta sering ditemui di kawasan yang dilanda ribut petir. Video tersebut dirakam oleh Chris Coleman yang menunjukkan awan di langit bandar Verona kira-kira pukul 9.16 pagi waktu tempatan. Ketika awan itu bergerak ke…










