SAUDARA PENGARANG
PASUKAN bola sepak Negeri Sembilan dilihat masih tidak berganjak untuk bersinar dalam persada bola sepak tanah air sekurang-kurangnya untuk kembali ke Liga Super. Pasukan itu asyik kecundang sahaja di peringkat Liga Perdana walaupun berhadapan dengan pasukan kerdil bertaraf kelab.
Malang betul bagi pasukan bola sepak Negeri Sembilan apabila perlawanan kedua terakhir boleh tersungkur dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seri pula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya amat kecewa dengan persembahan pemain pasukan itu hingga mendapat jolokan ‘pakar seri’ kerana hanya banyak memberikan skor mata seri berbanding memberikan kemenangan setiap kali turun padang.
Pada musim akan datang, adalah diharapkan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dengan sokongan kuat kerajaan negeri supaya mendapatkan pemain-pemain yang lebih baik sama ada dalam kalangan pemain tempatan ataupun import.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Ampangan, Seremban











