3,100kg gula di premis tidak berlesen dirampas - Utusan Malaysia

3,100kg gula di premis tidak berlesen dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 9 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Manjung merampas 3,100 kilogram gula bernilai RM8,835 di sebuah premis perniagaan dalam satu operasi di Sitiawan di sini semalam.

Operasi Perlesenan Barang Berjadual yang bermula pada pukul 11 pagi itu disertai lapan Pegawai penguatkuasa KPDNHEP yang menjalankan pemeriksaan barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak ke atas beberapa premis runcit sekitar Sitiawan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Manjung, Akram Karim Mohamad Arip berkata, hasil pemeriksaan di sebuah premis yang tidak dilesenkan, pihaknya menemui sejumlah gula yang disimpan sebanyak 3,100 kg.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami telah menyita gula kasar dan kesemua barang sitaan itu disimpan di stor ekshibit KPDNHEP Manjung untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akram Karim berkata, pihaknya memandang serius peniaga yang menjual barang kawalan tanpa lesen atau menyimpan barang kawalan di premis perniagaan.

“Pihak kami juga menegaskan agar peniaga tidak menjual atau menyimpan barang kawalan tanpa mendapatkan kebenaran atau lesen daripada pihak kementerian.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961. Perlanggaran undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, apabila disabitkan kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini