3 faktor takut labur saham - Utusan Malaysia

3 faktor takut labur saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Kekurangan modal, pendedahan dan sikap malas mempelajari cara mengetahui saham yang berpotensi untuk naik antara punca mengapa kaum bumiputera masih ketinggalan berbanding kaum lain.

Kolumnis Cikgu Saham di Utusan Malaysia, Zuraida Mohd. Zakaria berkata, berdasarkan kaji selidik, kaum Melayu kebanyakannya tidak pernah melibatkan diri malah tidak mempunyai akaun Central Depository System (CDS) atau akaun urus niaga saham.

Katanya, meskipun pelabu­ran ini dilihat agak sukar dan terdedah kepada risiko kerugian, bagaimanapun terdapat cara yang mudah untuk mempelajari teknik yang betul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai ingin menjana pendapatan untuk me­ningkatkan taraf ekonomi malah kesedaran tentang bahaya pelaburan skim meragukan dan tidak sah juga semakin meningkat.

“Suri rumah sepenuh masa contohnya, berpeluang untuk cepat mahir dalam saham ke­rana mereka mempunyai banyak masa untuk melihat pergerakan saham,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Cikgu Saham ber­kongsi pengalaman beliau selama 24 tahun dalam pasaran saham bersama para peserta Seminar Pasaran ­Modal Utusan.

Beliau berkata, yuran pendaftaran yang dikenakan pada seminar kali ini adalah lebih murah berbanding anjuran pihak lain yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

“Rugi kepada mereka yang tidak hadir. Saya harap orang ramai akan lebih peka dan me­rebut peluang menyertai pe­nganjuran seminar ini pada masa akan datang.

“Saya bersama dua pakar kewangan yang lain berkongsi pelbagai maklumat bermanfaat yang mana tidak boleh diperoleh di dalam buku,” jelas ­beliau.

Menurut Zuraida, pelaburan atau perdagangan saham boleh diuruskan sendiri secara dalam talian atau melalui ejen yang bertauliah.

Katanya, portfolio pelaburan bercetak akan dihantar ke alamat pelabur dan pada masa sama boleh dipantau melalui dalam talian.

“Menguruskan pelaburan dalam talian sangat sistematik, mudah dan dikawal selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Maknanya orang ramai boleh mendapat khidmat nasihat mahupun maklumat secara terus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini