BESUT – UMNO Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut menutup tirai Ramadan kali ini dengan menyantuni 60 keluarga miskin di sini malam tadi. Menerusi program Ziarah Cakna Ramadan itu, ia mensasarkan keluarga miskin dan ahli keluarga uzur sambil menyampaikan sumbangan Wakaf Makanan Parlimen Besut. Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Hulu Besut, Hasmadi Hassan berkata, bermula awal Ramadan sehingga malam tadi kesemua 11 Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN itu sudah diziarahi.…










