Wujudkan pelbagai persepsi, SPRM akan sentiasa dipertikai - Utusan Malaysia

Wujudkan pelbagai persepsi, SPRM akan sentiasa dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan mewujudkan pelbagai persepsi selain peranan agensi itu yang akan sentiasa dipertikai pelbagai pihak.

ISKANDAR A SAMAD
ISKANDAR A SAMAD 

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A. Samad berkata, sebagai sebuah agensi yang akan turut menyiasat ‘orang-orang’ politik, tidak sepatutnya SPRM turut diketuai oleh orang politik seperti Latheefa.

“Saya bukan hendak mempertikaikan kemampuan, kebolehan atau integriti Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu tetapi beliau adalah orang politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tahu jawatan beliau sekarang tetapi beliau pernah memegang pelbagai jawatan di dalam PKR.

Bukankah sebuah badan yang akan turut menyiasat orang politik sepatutnya tidak diketuai oleh orang politik?,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Iskandar lagi, walaupun Latheefa mungkin dapat berlaku adil namun ia pasti akan membuka ruang kepada pelbagai dakwaan apabila berlaku pendakwaan atau apabila terdapat kes yang dilepaskan.

“Sama ada wajar atau tidak sesuatu dakwaan itu namun ia tetap akan mewujudkan pelbagai persepsi. SPRM akan sentiasa dipertikaikan, ini tidak akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan itu.

“Ia juga tidak baik untuk imej negara di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya melantik seorang tokoh yang berkecuali iaitu tanpa sebarang hubungan dengan mana-mana politik sama ada di masa kini atau di masa yang lampau dan yang dihormati oleh masyarakat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini