KLANG – Sekolah disaran mewujudkan persekitaran inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran (p&p) bagi menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang teknikal. Menurut Ketua Unit Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Negara, Dr. Ihsan Ismail, sekolah tidak boleh lagi hanya menumpukan usaha ke arah melahirkan pelajar yang semata-mata cemerlang akademik, namun sebenarnya tidak memahami ilmu yang mereka pelajari. Beliau berkata, perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan Internet Segala (IoT)…










