TAPAH – Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes meragut beg tangan seorang wanita di Pekan Sungkai yang rakaman kejadian itu tular dalam media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengesan dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150. Katanya, kedua-dua mereka yang dipercayai rakyat tempatan itu melarikan diri sejurus meragut beg mangsa yang…










