[VIDEO] Maritim tahan 3 bot Vietnam curi gamat - Utusan Malaysia

[VIDEO] Maritim tahan 3 bot Vietnam curi gamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 warga Vietnam yang sedang leka menangkap gamat secara haram di perairan negara berputih mata apabila ditahan pasukan Maritim Malaysia Zon Kudat di Pulau Sibongor Laut, Sabah hari ini.

Kesemua suspek ditahan pada pukul 8.10 pagi di atas tiga bot berasingan di kedudukan 18.52 kilometer Timur Laut.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pemeriksaan awal mendapati ketiga bot terbabit tidak memiliki dokumen pendaftaran dan kesemua suspek termasuk tekong masing-masing berusia 17 hingga 63 tahun itu turut tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan kes ke-lapan yang melibatkan tangkapan gamat secara haram di Perairan Kudat pada tahun ini. Bot-bot seperti ini menggunakan peralatan yang diharamkan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut Chin Chau memberitahu, gamat seberat 2,200 kilogram dirampas bersama tiga buah bot dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.7 juta.

“Jumlah kuantiti rampasan gamat ini merupakan yang terbesar berjaya dicatatkan bagi Maritim Negeri Sabah setakat ini.

“Ketiga-tiga bot beserta kesemua nelayan Vietnam tersebut ditahan dan diiring ke Jeti Sabah Port Kudat dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini