KUALA LUMPUR – Malaysia menerima pengiktirafan tertinggi daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) apabila dianugerahkan hak menganjur Kursus Mekanik Level 1 peringkat benua Asia selama empat hari bermula esok di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor. Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Malaysia ialah negara kedua di Asia selepas Korea Selatan, yang diberikan hak menganjurkan kursus melibatkan mekanik pasukan profesional. “Saya sendiri agak terkejut apabila terima…










