PORT DICKSON – Sebuah kedai kopi di Jalan Kampung Chuah Bakar Arang di sini yang dijadikan tempat berjudi sejak beberapa bulan lalu diserbu oleh pihak polis semalam. Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan tentang aktiviti haram di kedai itu dan membuat serbuan kira-kira 3 petang. “Dalam serbuan itu, kita telah menahan tujuh orang suspek iaitu empat lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat dalam perjudian.…










