KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 5.30 petang ini berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut ketibaan Syawal Rabu ini. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Perai menghala Permatang Pauh, Pulau Pinang. “Trafik juga sesak dari Subang ke Dataran Prima, Putrajaya ke Bandar Saujana Putra dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Persimpangan Nilai Utara.…










