Tingkat kapasiti RE menjelang 2025 - Utusan Malaysia

Tingkat kapasiti RE menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Malaysia menetapkan matlamat untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) negara sebanyak 20 peratus dan me­realisasikan penjimatan seba­nyak lapan peratus menerusi kecekapan tenaga menjelang 2025.

Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA) Hazli Sham Kassim berkata, dianggarkan lebih 70 peratus permintaan tenaga akan dipenuhi oleh gas dan gabungan RE menjelang 2035, dengan gas asli membekalkan lebih daripada 40 peratus permintaan tambahan.

Katanya, ia berikutan negara di seluruh dunia kini meletakkan dasar yang menyokong pe­ningkatan penggunaan gas asli berdasarkan manfaatnya kepada alam sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan prospek tersebut, beliau berkata, pelan tindakan menyeluruh perlu disediakan dengan persetujuan semua pihak berkepentingan berkaitan.

“Pelan tindakan itu perlu meliputi keseluruhan peluang dan cabaran dalam keseluruhan rantaian bekalan, memanfaatkan permintaan gas premium, menggalakkan peruntukan yang cekap dan memanfaatkan sumber bagi memastikan jaminan tenaga Malaysia untuk jangka panjang.

“Menerusi pelan tindakan gas asli yang jelas untuk kemapanan industri itu, kita mengharapkan sektor gas dapat menyokong pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang padu,” katanya pada Simposium Gas Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Naib Presiden ­Eksekutif Gas dan Tenaga Baharu Petronas, Adif Zulkifli.

Sementara itu, Mohd. Radzi dalam ucapannya berkata, industri gas asli Malaysia memainkan peranan penting dalam memacu kema­panan masa depan negara.

Katanya, sebagai pengeksport gas asli cecair keempat terbesar dunia, Malaysia memegang kedudukan penting dalam pasaran dunia.

“Prospek masa depan industri itu cerah, dengan permintaan dunia diunjurkan meningkat dalam dekad akan datang.

“Pertumbuhan itu juga mencerminkan aspirasi negara-negara di dunia untuk meningkatkan kemakmuran, dan pada masa sama memastikan kemapanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini