KUALA LUMPUR – Seekor beruang matahari berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam sebuah kondominium di Desa Pandan di sini semalam. Sumber Kosmo! Online memberitahu, beruang itu ditinggalkan sejak dua hari lalu disebabkan penjaganya pulang ke kampung sempena Aidilfitiri. “Jiran-jiran di kondominum ini hairan dengan bunyi pelik sejak dua hari lalu sehinggalah haiwan itu mengeluarkan kepalanya dari sebuah tingkap,” kata sumber itu.…










