Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan

Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan

LOKASI kejadian seorang lelaki dipercayai penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan di Tambun, Ipoh, Perak awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki dipercayai penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di kawasan perumahan di Tambun di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan sidang akhbar akan diadakan bagi menjelaskan perkara itu.

“Ada sidang media nanti, di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, sidang akhbar berkenaan akan diadakan pada pukul 2.45 petang oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati beberapa kenderaan polis berada di kawasan kejadian. Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan menghampiri lokasi berikutan kawasan berkenaan dipasang garisan polis dalam lingkungan kira-kira 100 meter.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini