KUALA LUMPUR 3 Jun – Tindakan tegas termasuk ditukarkan akan diambil sekiranya didapati masih ada pegawai atasan termasuk Ketua Polis Daerah yang mengarahkan pegawai bawahan untuk mengumpul dana bagi membiayai majlis sambutan perayaan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, beliau telah memberi peringatan sama sebelum ini namun masih terdapat rungutan daripada anggota bawahan yang mengatakan pegawai atasan mereka masih meminta mereka mengutip dana daripada individu dan syarikat. “Sekiranya majlis dibuat menggunakan dana kewangan sendiri seperti wang kelab atau kutipan sesama sendiri, itu tidak mengapalah tetapi jika meminta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya