BANGKOK 20 Jun – Polis Thailand menahan sebanyak 35 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Sadao malam tadi ketika kumpulan itu sedang menunggu kenderaan yang akan membawa mereka ke Malaysia.
Lapor Bangkok Post, sebanyak 21 lelaki dan 14 wanita bersembunyi di sebuah ladang kelapa sawit di belakang pasar Khlong Ngae di mukim Khlong Ngae sebelum polis menyerbu kawasan itu pada pukul 8 malam.
Seorang warga Myanmar yang mengetuai kumpulan itu turut diberkas.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut polis, mereka yang ditahan sebahagian daripada aliran pendatang Myanmar ke Malaysia dan penyeludup biasanya membawa mereka ke Bang Klam, Hat Yai, Rattaphum dan daerah Sadao sebelum dibawa ke Malaysia. – AGENSI










