KUALA LUMPUR – Gara-gara terlanggar bahu seorang pengunjung, sekumpulan lelaki bertindak merusuh sebuah pusat hiburan di kawasan C180 Cheras Selatan di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.27 pagi itu, seorang mangsa mengalami kecederaan akibat dipukul sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 20 individu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya kemudiannya telah menahan sembilan lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut.…










