Terengganu ketatkan penguasaan di jambatan angkat - Utusan Malaysia

Terengganu ketatkan penguasaan di jambatan angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap orang ramai yang tidak mematuhi aspek keselamatan dan peraturan jalan raya sepanjang laluan ke jambatan angkat atau ‘drawbridge’ selepas ia dibuka secara rasmi kelak.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia termasuk penguatkuasaan terhadap sikap pengguna jalan raya yang meletak kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.

“Sepanjang tempoh percubaan (2 Jun hingga semalam), kami lihat banyak perkara perlu ditambah baik antaranya tempat sesuai untuk orang ramai berhenti agar mereka boleh merakam video dan gambar dengan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, sikap sesetengah pengguna jalan raya yang sengaja meletak kenderaan di atas laluan basikal sedangkan terdapat parkir di kawasan berdekatan tidak boleh diterima* sikap itu perlu diubah dan kami akan tambah baik penguatkuasaan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sikap pengguna jalan raya yang sengaja meletak kenderaan mereka di laluan basikal di jalan pantai Seberang Takir di Kuala Nerus kerana dikhuatiri akan merosakkan proses penanaman rumput di laluan itu.

Ahmad Samsuri berkata proses penambahbaikan itu akan dilakukan sepanjang penutupan jambatan angkat bermula hari ini.

“InsyaAllah pembukaan rasminya akan dibuat secepat mungkin. Pagi tadi pun, saya terima laporan Jambatan Sultan Mahmud alami kesesakan* ini menunjukkan betapa pentingnya jambatan angkat ini dalam mengurangkan kesesakan di bandar raya ini,” katanya.

Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu merupakan yang keempat menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini