Sudah tertulis rezeki Ainul di London - Utusan Malaysia

Sudah tertulis rezeki Ainul di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dr. Nur Amalina Che Bakri memohon orang ramai tidak menyakiti hati ibu bapa Ainul Mardhiah atas keputusan mereka membawa kanak-kanak itu berubat di London.

Amalina yang merupakan pihak yang banyak membantu urusan perubatan Ainul di London meminta semua pihak berlapang dada dengan keputusan tersebut (membawa Ainul ke London).

Melalui instastory di laman sosialnya, Amalina berkata, Ahmad Saifuddin, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 24, hanya mahu yang terbaik untuk anak mereka sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tertulis rezeki Ainul untuk mendapat rawatan di London.

“Jangan persoalkan di mana, yang penting pembedahan sudah berjaya, Alhamdulillah, kita tidak berada di tempat mereka,” tulisnya lagi.

Amalina turut mengucapkan terima kasih kepada doktor yang merawat Ainul di Malaysia dan di London.

“Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan terima kasih, jangan banding-bandingkan usaha mana-mana doktor.

“Kami sebagai doktor akan membantu sesiapa sahaja jika mampu tidak kira di mana berada, tidak ada kena mengena dengan isu peribadi dan sebagainya,” jelas Amalina.

Beliau menambah, dia memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarga Ainul dan semua doktor yang banyak membantu orang dalam kesusahan.

Terdahulu, Ainul selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di London pada 11 Jun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini