Sivasangari buru kelompok 30 terbaik dunia - Utusan Malaysia

Sivasangari buru kelompok 30 terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Juara bertahan skuasy kebangsaan, S. Sivasangari berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok 30 pemain terbaik dunia menjelang akhir musim ini.

Pemain ke-50 dunia itu yang ketika ini bercuti daripada mengikuti pengajian di Amerika Syarikat, berkata dia tidak mahu terlalu memaksa diri untuk mencapai sasaran itu, sebaliknya akan menikmati penyertaannya dalam beberapa kejohanan seperti Kejohanan Beregu Dunia WSF dan Terbuka Australia, yang di jadual diadakan pada Jun serta Julai.

“Saya memang tidak menyertai banyak kejohanan dalam musim ini kerana saya lebih memberi tumpuan kepada pengajian saya. Meraih kejuaraan dalam siri pro kelab raket di Amerika Syarikat pada bulan lepas, memberi saya sedikit kekuatan supaya tidak berputus asa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat beberapa kejohanan di Amerika Syarikat pada Ogos dan harap-harap saya mendapat keputusan positif untuk memperbaiki ranking saya,” katanya.

Sivasangari, 20, berkata beliau berdepan kesukaran untuk beraksi dengan baik pada musim ini kerana perlu menyeimbangkan antara pengajian di Cornell University di Ithaca, New York, selain berlatih di bawah bimbingan bekas pemain nombor satu dunia dan juara dunia dua kali, David Palmer dari Australia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini