KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh sentimen pasaran lebih positif serta jangkaan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah seterusnya, kata peniaga. Malah, seiring dengan aliran kenaikan yang dicatatkan oleh bursa serantau, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 5.24 mata lebih tinggi kepada 1,649.33 daripada paras 1,644.09 pada Selasa. Bursa Malaysia ditutup pada Rabu serta Khamis bersempena cuti umum Aidilfitri.…










