Keindahan raya sudah tentu berbeza buat penyanyi Fara Hazel dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Kalau dahulu ketika namanya masih bukan siapa-siapa dalam industri hiburan, tidak banyak persiapan dilakukan, namun atas tiket populariti kali ini, Fara harus bersedia lebih daripada kebiasaannya. Belum merancang membuat rumah terbuka khas buat peminat mahupun keluarga, Fara yang beraya di Kerling, Selangor turut menyediakan wang khas buat kanak-kanak kecil yang beraya di rumahnya. Namun dalam keseronokan…