KUALA LUMPUR – Belum pun reda kontroversi video intim melibatkan individu menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kini muncul pula satu rakaman audio mengaitkan beliau dengan seorang lelaki yang didakwa Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam media sosial.
Berdasarkan video yang dimuat naik dalam YouTube, rakaman audio dengan durasi 46 saat mengandungi perbualan antara dua lelaki yang ingin membuat temu janji di sebuah hotel.
Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan Utusan Online identiti kedua-dua lelaki itu dalam rakaman audio tersebut gagal dikenal pasti memandangkan kualitinya tidak begitu jelas.
Rakaman audio itu dimuat naik dengan tajuk ‘Azmin love Haziq 3/4’ oleh pengguna YouTube yang menggunakan nama Rahim Jaafar pada 12 jam lalu.
Begitupun, kesahihan video tersebut dicurigai oleh warga maya memandangkan suara dalam rakaman video berkenaan tidak begitu jelas. – UTUSAN ONLINE











