Segera daftar pusat tahfiz tidak berdaftar – Agong - Utusan Malaysia

Segera daftar pusat tahfiz tidak berdaftar – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan supaya semua pusat tahfiz swasta di Pahang yang tidak berdaftar, untuk segera berbuat demikian.

Baginda yang juga Sultan Pahang bertitah, pendaftaran itu kelak membolehkan kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), menyalurkan bantuan yang sewajarnya demi kebajikan pelajar.

“Pendaftaran membolehkan pihak berwajib melakukan kawal selia, terhadap pusat tahfiz swasta yang meliputi aspek keselamatan, kewangan dan sistem pembelajaran supaya mengikuti arus perdana,” titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sultan Abdullah bertitah demikian di Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2019, di sini hari ini, yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dan Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini