Rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

Rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR-Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Rampayan Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Laupen Nuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi.

“Bertindak dengan maklumat itu, sebanyak 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan dibantu BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian membabitkan sebuah rumah satu tingkat dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.56 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini