Rodri mahu ke City - Utusan Malaysia

Rodri mahu ke City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tengah Atletico Madrid, Rodri memberitahu majikannya bahawa dia mahu meninggalkan kelab tersebut dengan menyatakan Manchester City adalah destinasi yang seterusnya.

Pemain berusia 22 tahun itu diminta untuk mempertimbangkan mengenai masa depannya bersama City dan Bayern Munich yang sanggup membelanjakan 62.5 juta pound (RM326.9 juta) bagi membayar klausa perpindahan dengan Atletico menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Barcelona tidak ketinggalan mahu mendapatkan pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rodri membuat 47 penampilan bersama Atletico sepanjang musim lalu dengan menjaringkan tiga gol serta mencipta satu gerakan gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini