Reaksi pengguna di Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Reaksi pengguna di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengan kemajuan teknologi, apa yang kita mahukan hanya berada di hujung jari. Malah, syarikat e-dagang yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan kini mudah diakses dan pengguna boleh membeli apa sahaja daripada pakaian, makanan dan perjalanan dengan menggunakan aplikasi pengangkutan.

Dianggap sebagai industri yang ‘muda’ berbanding sektor lain, perniagaan e-dagang hakikatnya mempunyai ba­nyak ruang untuk penambahbaikan. Oleh itu, adalah penting bagi syarikat-syarikat e-dagang mengambil tindakan proaktif dalam mendengar dan memahami keperluan pelanggan.

Dalam satu artikel oleh Business.com, mereka menekankan maklum balas pengguna penting untuk meningkatkan kredibiliti dan menunjukkan pengguna bahawa perniagaan menghargai reaksi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sektor e-dagang sedang berkembang pesat di rantau Asia Tenggara, justeru, adalah pen­ting bagi industri itu mendengar maklum balas pengguna dalam usaha meningkatkan sektor secara menyeluruh.

Di samping itu, satu kajian berasingan oleh Bain & Company menegaskan bahawa pengguna di rantau Asia Tenggara tidak sepenuhnya mempercayai platform e-dagang dan aduan-aduan ini adalah tipikal pada peringkat awal sektor e-dagang yang kurang maju.

Oleh itu, kami menjalankan kajian bersama Trusted Company untuk mengetahui aduan paling popular, bagaimana pengguna memberi maklum balas dan melihat apa yang boleh dilakukan dalam meningkatkan e-dagang untuk pengguna di Malaysia dan Asia Tenggara.

Penemuan kajian ini diperoleh dengan menganalisis 30,000 ulasan (terutama aduan) oleh pengguna dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

l Rakyat Malaysia lebih puas hati

Apabila dibandingkan dengan negara lain, rakyat Malaysia lebih berpuas hati dengan pe­ngalaman e-dagang mereka berbanding Filipina dan Singapura. Satu-satunya negara yang lebih berpuas hati dari Malaysia ialah Indonesia.

Ini bukan fakta mengejutkan kerana Indonesia mempu­nyai beberapa syarikat e-dagang gergasi seperti Tokopedia dan Bukalapak yang menghabiskan banyak sumber melabur dalam sektor digital negara.

Anehnya, warga Singapura kurang berpuas hati dengan sektor e-dagang walaupun negara mereka jauh lebih maju, mi­salnya dari segi kelajuan internet dan perkhidmatan penghantaran yang lebih cekap.

l Pengguna Singapura lebih emosi

Kajian ini juga mendapati pengguna di Singapura lebih emosi dalam memberikan aduan dan 25 peratus lebih cende­rung menulis aduan dalam huruf besar berbanding Malaysia.

l Rakyat Malaysia jarang minta bayaran balik

Dalam kajian kami, 29 peratus rakyat Singapura telah meminta pulangan dan bayaran balik manakala hanya 8.3 peratus pengguna Malaysia berbuat demikian. Ini menunjukkan rakyat Malaysia biasanya memilih pendekatan lain seperti bertukar ke produk lain atau produk baharu yang sama.

Jika dibandingkan dengan negara lain, ini juga menunjukkan pengguna e-dagang Singapura mempunyai standard lebih tinggi ke atas peniaga berbanding negara lain di Asia Tenggara.

l Filipina kurang gembira perkhidmatan e-dagang 
setempat

Semasa memberi maklum balas mengenai syarikat e-dagang tempatan, pengguna di Filipina lebih cenderung meninggalkan maklum balas negatif berban­ding pengguna Malaysia.

n 57 peratus meletakkan ‘Yang paling teruk’ dalam ulasan.

n 33 peratus menggunakan kata-kata penghinaan dalam komen.

n 12 peratus menyebut ‘buruk’ dalam ulasan.

l Pengguna Indonesia lebih mesra

Walaupun Indonesia 104 peratus lebih cenderung mela­porkan kes penipuan bagi pembelian dalam talian berbanding rakyat Malaysia, mereka adalah 100 peratus lebih cenderung memberi penilaian positif jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia dan Singapura.

Ini menunjukkan bahawa pengguna di Indonesia lebih mesra kepada peniaga e-dagang berbanding rakyat Malaysia dan Singapura.

l Rakyat Singapura kongsi kegembiraan

Pengguna Singapura didapati mempunyai standard yang tinggi di Asia Tenggara, tetapi mereka lebih cenderung berkongsi kegembiraan dengan keluarga apabila e-dagang memenuhi keperluan atau melebihi jangkaan.

Pengguna Singapura adalah dua kali lebih cenderung berkongsi kegembiraan mereka berbanding Indonesia.

lSukar penuhi keperluan generasi muda

Generasi X di seluruh Asia Tenggara mempunyai jangkaan lebih tinggi pada e-dagang berbanding generasi sebelumnya. Pengulas di bawah umur 20 tahun adalah 13 peratus lebih cenderung memberi ulasan yang lebih rendah daripada pengguna di antara umur 25 dan 30 tahun.

Sumber:

Sumber data telah diambil daripada 30,000 maklum balas yang dikumpulkan antara 1 Ja­nuari 2014 dan 8 Februari 2017. Data ini dikumpul dan dianalisis oleh Trusted Company dan iPrice Group.

Artikel oleh iPrice Group https://iprice.my/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini