Rasa pahit manis - Suarez - Utusan Malaysia

Rasa pahit manis – Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Luis Suarez berkata keputusan seri Uruguay 2-2 dengan pasukan jemputan Jepun dalam Kumpulan Csaingan Copa America di Porto Alegre hari ini telah meninggalkan perasaan pahit dan manis.

Dalam perlawanan tersebut, Suarez meledak gol menerusi penalti pada minit ke-32, sekali gus menafikan kelebihan Jepun yang terlebih dahulu berada di depan tujuh minit sebelum itu hasil jaringan Koji Miyoshi.

Miyoshi kemudian meletakkan semula Jepun di depan pada minit ke-59, namun pertahanan Uruguay Jose Gimenez menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suarez kecewa dengan keputusan tersebut, menyaksikan Uruguay sekadar memungut empat mata, selepas menang 4-0 ke atas Ecuador dalam aksi pembukaan.

“Kami perlu memperbetulkan kesilapan dan berdoa untuk perkara positif. Kami mencipta banyak peluang keemasan. Sebab itu perlawanan tersebut telah meninggalkan perasaan pahit manis.

“Kami bermain dengan baik dengan tahap yang biasa, namun anda perlu akur dengan dua kesilapan sehingga mereka mampu menjaringkan gol, dan anda perlu lebih berhati-hati,” kata Suarez.

Uruguay bakal berdepan Chile dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan pada Selasa ini (pukul 7 pagi waktu Malaysia).- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini