Program advokasi PRDM untuk tingkat keselamatan di jalan raya - Utusan Malaysia

Program advokasi PRDM untuk tingkat keselamatan di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM – Anggota polis trafik negeri ini mengadakan program advokasi sempena Op Selamat ke-15 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri berlangsung.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, pada program itu sebanyak 100 risalah berkaitan keselamatan jalan raya dan pencegahan jenayah diedarkan kepada pengguna di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Plaza Tol Juru, di sini.

“Program advokasi ini penting bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap keselamatan mereka ketika memandu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, ia juga membolehkan pihak polis berinteraksi dengan pengguna jalan raya dalam menyampaikan maklumat dan mengeratkan hubungan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya program itu juga adalah usaha pihak polis untuk mendampingi pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada ketika memandu atau menunggang motosikal bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini