PARIT BUNTAR – Rakaman video seorang lelaki berpakaian seperti orang Islam dengan memakai kain pelikat dan berkopiah sambil melakukan ritual di sebuah tokong kecil di kawasan perumahan di Tanjung Piandang di sini mengundang reaksi ramai. Video berdurasi 15 saat yang tular dalam media sosial termasuk di Facebook sejak semalam itu memaparkan lelaki terbabit sedang melutut sambil memegang colok dan kelihatan berdoa di hadapan tokong tersebut yang perlakuannya itu dirakam individu…










