Polis serbu sarang penagih dadah - Utusan Malaysia

Polis serbu sarang penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR – Polis menahan seramai 16 lelaki disyaki penagih dadah dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, di sini semalam.

Dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 7 pagi sehingga 6 petang itu, polis turut merampas sejumlah dadah dan air ketum daripada lapan suspek berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua penagih dadah itu berusia dalam lingkungan 18 hingga ke 50 tahun dan bekerja sebagai buruh serta penganggur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan ketika operasi tersebut kita merampas bahan-bahan yang disyaki dadah jenis heroin seberat 0.8 gram, syabu (0.5 gram) dan air ketum (500 mililiter) daripada lapan penagih yang ditangkap.

“Siasatan mendapati dadah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri dan nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM 100,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek didapati positif dadah menerusi ujian air kencing yang dijalankan.

“Suspek-suspek yang tangkap akan direman di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU untuk siasatan lanjut.

“Kes-kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (R/P) 1983 kerana memiliki dadah berbahaya, memasukkan dadah ke dalam badan dan penagih dadah,’’ katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini