Polis Marin rampas 1,870 bungkus rokok seludup - Utusan Malaysia

Polis Marin rampas 1,870 bungkus rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang cuba menyeludup masuk rokok tidak bercukai ke dalam negara gagal selepas ditahan dalam satu Op Landai Khas di kawasan terminal feri Kudat, Sabah kelmarin.



Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota dan pegawai Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Kudat.



“Hasil pemeriksaan telah menemukan sebanyak 187 karton rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai dengan anggaran nilai berjumlah RM86,950.00.



Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut dirampas ialah kereta Toyota Fortuner dan beberapa barangan milik suspek,” katanya.



Tambahnya, tangkapan serta barangan rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini